green-apple's FotoPage

By: green apple

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Jan-2007 10:30 Email | Share | Bookmark

 
NANTIKAN KEMUNCULAN GAMBAR2 DI PESTA FLORA...
.....FLORAL PARADE 2007 @ PUTRAJAYA...




PUTRAJAYA: Pameran kereta berhias Pesta Flora 2007 mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 2,000 mengunjungi tapak pameran itu semalam bagi melihat lebih dekat kreativiti dan gubahan bunga pada kereta berhias yang dipertandingkan kelmarin.




Seawal jam 8 pagi, orang ramai mengerumuni khemah khas yang menempatkan 18 kereta berhias bagi melihat sendiri keunikan dan kehalusan hasil ciptaan setiap kereta berhias.

Paling mendapat perhatian kereta berhias Pulau Pinang yang muncul pemenang Anugerah Perdana Perarakan Flora 2007.

Orang ramai terpegun melihat kereta berhias itu melalui gubahan lebih 30,000 kuntum bunga dan replika rama-rama. Pulau Pinang pernah memenangi anugerah pada 1992, 1993 dan 1995.

Pengunjung juga mengambil kesempatan bergambar dengan kereta berhias yang bertemakan Sayap-Sayap Impian itu. Ia dihasilkan melalui gabungan tenaga lebih 40 sukarelawan mewakili pelbagai badan termasuk agensi kerajaan, syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Orang ramai juga mengambil kesempatan mengunjungi bazar jualan bunga dan tumbuh-tumbuhan sempena pameran kereta berhias.

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin melancarkan Pesta Flora 2007 yang menjadi acara penting Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM'07).


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net